Tuesday, April 29, 2014

malas vs rajin

Assalamualaikum ❤️

Oke, bismillah. Mulakan hari anda dgn bismillah dan al-fatihah. Have a great day uolls.

Tajuk entry mcm entah apa apa kan. Oke, sekalung tahniah utk diri sendiri sebab dpt sambung belajar. Sebenarnya dah tau result nie bulan feb / mac something la. HEHE. Aku amek part time je. At least bila aku kerja plus aku bole tambah ilmu sikit dan saja kumpul koleksi sijil supaya aku bole demand gaji. Yelaa, dgn ekonomi negara mcm nie. Kita mesti nak do something kan supaya ekonimi kita pun tak gawat like sekarang. HAHA tahniah agains fiqa. Memang niat dan hajat aku nak sambung belajar lg. Selagi aku mampu, selagi kudrat aku ada, selagi kepala aku bole terima teori teori segala bagai insyaallah. Demi mak yg tercinta.

kita tunggu Mei nie yee. surat sampai. yeayyyy !!!


Sebenarnya kalau nak tau, aku nie bkn jenis rajin buka buku. Apatah lg belajar. Serius. Masa sekolah dulu, aku punya malas, aku punya kuat monteng. Oke, kita trowback. Kita patah balik zaman sekolah menengah dulu. Aku tak suka belajar masa sekolah. Aku suka ponteng kelas. Aku suka lari kelas. Cikgu masuk dpn aku masuk belakang. Kalau malas keluar, aku tidur dlm kelas. Aku akan rajin bila hujung bulan. Kan pengetua selalu check buku bagai kan. Masa PPD dtg sekolah baru rajin siapkan kerja semua. Latihan ke nota ke, siap ! Sampai kwn sebelah "fiqa,pinjam buku nak tiru." 

Sampai la aku nak SPM. Tau aku study berapa hari? Dari form 4 sampai la seminggu nak SPM, memang perangai nauzubillah laa. Petuh seminggu before nak SPM, 10 subject aku study kaw kaw. Serius. Gelabah gila la. Tuh laa, main main lg kan. Tak reti nak pikir masa depan. Kau ingat belajar main main nie kang result teruk org nak amek kau kerja? Kalau amek pun memang jd lembu la.

Lepas SPM umpama fuuuuuhhhhhhh lega. Syukur. Yg lain oke. Kantoi kt add math sebab aku tak suka. Dlm 28 org budak kelas aku, tak sampai 5 orang pass add math. Ya Allah, aku tak suka. Tapi tgk result, hmmmm cukup cukup mkn. So, what should i doooooo. OMG !

Masa tuh korang akan rasa enjoy. Rasa honeymoon sgt. Sebab duit mak ayah bagi. So no wonder la kalau korang duduk rumah goyang kaki duit ada je. Tp cuba fikir sampai bila?

Penah tak korang terfikir, nak buat benda yg korang minat? Nak belajar dan belajar.

Oke, aku nie sebenarnya lepas form 3 aku ada apply sekolah teknik. Aku nak amek kos arkitek. Dapat ! Tapi kt KL. Tapi tg bad story nya aku tak dapat pujuk ayah aku. So, kat situ aku terus tak nampak jalan yg patut aku tuju. Just go on dgn subject akaun nie atau nanti je aku belajar basic balik pasal arkitek.

So,lepas je SPM aku terus apply kos yg aku minat. Nampakkan, bila kita minat kita mesti usaha do something supaya kita dpt. Mesti kita rajin kan. Kalau tak minat kita buat pun mcm acuh tak acuh. Mcm SPM dulu. Malas gilaaa ! Dah laa. Herrrrr. Akaun plus add math. Rasa azab gila. Masa tuh aku cakap "BILA NAK HABIS SEMUA NI?" 

Dan finally, aku nak apa yg aku cita kan. Tapi bkn arkitek. HEHE. Sebab aku kaji balik arkitek nie leceh. So, aku amek kos yg keseluruhan. Aku amek awam. Basicly aku memang tak tau apa tapi serius aku minat gilaa ! Masa tuh excited la weh tapi mak ayah aku saja buat aku serba salah. Dorang taknak lepaskan aku. Yelaa, kedah kot. HEHE. Lagipun masa tuh tgh frust. Dah alang alang kan. Kita pergi je la bawa hati yg lara nie. HUHU

Start aku belajar kt situ la aku terus RAJIN ! Masa sem 1 tuh memang tgh down laa. Sebab tgh frust lg kan. Pointer memang down. Terus naik sem 2 aku kejar balik. Sem 3 aku kejar balik. Sampai la aku praktikal. Everything tip top ! 

Sampai la aku dah kerja sekarang, aku pun ckp "rupanya ini jiwa aku". Yes, ini la jiwa yg aku cari selama nie. Alhamdulillah, sampai cepat kat aku. Kenapa dari aku semalas malas nya manusia masa sekolah dulu dan sekarang aku rajin sgt nak study? Sebab ini jiwa aku. Jiwa aku bkn akaun yg menyerabutkan. Kalau hilang 1 sen pun rasa dah tak bernyawa. Jiwa aku mcm nie. Bebas. Bebas belajar. Bebas kerja. Aku rasa enjoy dgn apa yg aku belajar dulu. Aku bole explore. Mencabar gila tapi itu yg aku nak. Civil Enginering. Impian nak dpt title IR tp sekarang dh susah bila aku baca balik syarat syarat nak dapat IR tuh. Bukan senang dan bukan calang calang orang.

Syarat utama bagi mendapatkan title IR :-
1. Perlu berdaftar dgn IEM atau BEM sebagai graduate member (GM). GM mestilah ada degree dan diiktiraf oleh kerjaan.

2. Kena cari mentor atau PE (professional enginer). Syarat mentor mestilah member kepada IEM atau bekerja sebagai perunding lagu bagus.

3. Selama 3 tahun dari tarikh pendaftran kita yg diluluskan oleh IEM segala apa yg kita lakukan mestilah direport kepada mentor. Design, drawing, sketching dan segala kerja yg melibatkan kerja kita patut disimpan dan ditunjukkan kepada mentor.

4. Dlm masa 3 tahun tuh, kita juga perlu hadir kursus wajib yg diwajibkan ole BEM dan satu course yg ditawarkan oleh IEM mengikut course yg kita amek.

5. Bila semua dh ready, course dah amek, 3 tahun dah lepas. Pergi website IEM dan download borang P1 utk apply jadi member IEM. Member oke. Yg mula mula tuh kita daftar. Jgn keliru. Sebelum hantar, better kita tanya yg lebih pakar mcm mana nak isi borang tuh. Takut nanti borang dah hantar tapi lambat reply  sebab tak lengkap atau tak ikut prosedur.

6. Dah settle borang P1, kena isi P2 pulak utk kita punya interview bagi semakan. Masa nie kita kena buat projek reference. Satu saja. Pilih mana projek yg paling suksess. 

7. Exam atau ujian bertulis utk final step.

Oke, nie je yg aku bole share syarat nak dapat title IR,AR,DR,QS dan sebagainya. Insyaallah, aku kena hadap 2 stage baru bole try amek title IR nie. Tp aku rasa sekarang syarat dah ketat. Bole refer IEM atau BEM.

Nota kaki : Jangan malas nak belajar apa yg kita minat. Zaman sekarang nak dapat kerja susah. Terutama dekat adik adik yg suka main main nie. Cuba tengok, bersepah manusia yg belajar tinggi tinggi tapi masih mengganggur. Yg tak kerja tuh, fikirlah. Aku yg kerja nie pun aku rasa tak cukup gaji. Kadang kadang la. Dgn zaman sekarang, no wonder la kalau hjg bln korang mengelabah nak pinjam. Aku nie bujang. Tak kawin lg tau. Dah kawin nanti, paling busuk pun gaji kena 4-5k sebulan. Tuh kalau nak cukup cukup makan. Kalau nak terlebih, nak simpan, mestilah kena 7k-8k. Tuh yg kawin. Noted oke. Noted for ur future. Malas atau rajin? Tepuk dada tanya selera. Pilihan kat tgn anda. 

No comments :

Post a Comment