Monday, April 21, 2014

Business : jangka panjang vs jangka pendek

Assalammualaikum ❤️

Sebenarnya kalau cerita pasal bisnes nie mmg dh start cuma buat kecik kecik je. Sbb bisness kita nie bkn la menyerlah sgt. Alhamdulillah, sekadar mampu milik. Tak kaut untung byk mana pun. Sbb kita jual brg mampu milik bkn sampai org nie ikat perut semata mata nk beli brg kita.

Sekarang mmg tgh musim org jual itu ini. Oke laa. Rezeki msg msg. Pesaing mmg agak sengit. Sbb kalau ikutkan, keliling kita nie dlm tak sedar org tuh pun bisnes T A P I mungkin dia jauh lebih murah atau jauh lbh mhl. 

Bisness nie siapa yg taknak untung, betul? Tp ada org jual benda yg sama tp mahal. Ada org jual benda yg sama tp murah. Nampak kn pesaing sihat kt situ? Jadi, kita yg berbisness nie fikir secara logik. Awak nak customer lari g dkt yg lagi murah ke atau awak nak rugi? Kalau aku mestilah nak org beli kt kita, kn. Then buat sale atau penghabisan stok. Atau buy one free one ke atau kalau beli byk dpt murah. Kita nie meniaga jgn la kaut untung sgt. Setakat rm2,rm3 untung oke la tuh. Kalau jual 10 brg?

Kalau ikutkan aku nie cuma jual tudung je. Jual tudung yg uptodate la. Ada jugak nk jual benda lain. Tp kdg kdg tuh sampai takut nk biss sbb ramai sgt pesaing. Takut takde org nk beli. Aku cume terfikir nak jual bj. Tp nnt laa. Jual tudung nie pun kejap on kejap off.

Sebenarnya ssh bila kita nk comunicate dgn org ramai utk beli produk kita. Oke ke tak? Best ke? Tahan lama ke? Harga? 

Cerita psl biss nie, sebenarnya aku nie dh terjebak dgn ELKEN. Mmg, mmg join elken nie bole jd jutawan. Tp sebelum nk jutawan nie, ya allah... Azab nauzubillah bila kita promote org join bwh kita then org tolak mmg rasa. SUSAHNYA!!! Sebenarnya nak buat elken nie ada cara. Every week (wed/thur) elken akan buat ceramah atau motivasi utk motivasi diri sendiri. Utk naikkan semangat nk buat benda tuh. Setiap motivasi elken akan tekankan,  "siapa nak jutawan, kena kerja keras. Jiwa kena kental. Hati kena tenang. Kena byk sabar." Ahhh, jiwa mcm aku bab mcm tuh mmg semangat kejap. Lepas tuh jatuh. Elken mmg akan tekan kita suruh dtg motivasi every week. Rasa semangat tuh mmg ada. Gila kau, keliling duduk dgn org naik bmw la,merc laa,audi la. Mmg terangkat sgt. Siapa taknak,kan?

Aku memula je pegi, lepas tuh ke laut. Pertama, aku dh start sibuk. Sbb kerja aku sekarang byk delay. Everyday aku akan buat report utk org atas. Jd aku tak menang tgn nk buat. Belum utk ofis lg. Keduanya, aku dh down. Sbb M A L A S ! 

MALAS adalah salah satu faktor yg sgt digemari oleh rakyat malaysia terutama org melayu. Sbb malas nie juga la manusia zaman skg jd mundur. Tak berkembang. Mcm "katak bawah tempurung." Byk yg aku tgk melayu nie kecoh dgn politik. Aku pn sbnrnya naik tak phm sbb entah apa yg diorang isu kn sampai melayu sama melayu bergaduh. Kdg sampai terfikir, cina dgn india mesti suka gila kn tgk melayu dgn melayu gaduh. HAHA...

Sebab malas nie laaa aku terus stop. Jujur, masa mula mula aku dpt la tarik 2 org kwn aku. Sbb masa tuh tgh semangat. 28hb Mac lepas aku dpt sikit dr elken. Kira alhamdulillah. Mmg nk buat. Tapi... Byk kn tapi aku nie. Yelaa, aku jenis bila dh balik kerja, dh siap mandi, mkn mmg tak la aku nk keluar rumah sbb aku jenis duduk dlm bilik. No tv, no hang-out. Entah ! Sbb dh terbiasa mungkin. Yelaaa, masa aku kt ikm dulu, keluar lps kls je. Tuh je peluang yg aku ada. Mlm study. Takpun basuh baju takpun iron baju. Tv ada tp malas tgk. Bygkn 2 tahun aku tanpa tv. Sampai skg aku takde tv pn rasa takde apa laaaa. Jd bila aku buat elken nie aku akan kerap kena keluar. Of coz kena jumpa org. Tp life style aku bkn mcm tuh. Everyday night kena keluar. Pegi sana sini. Cukup la aku rasa aku duduk rumah, aku rehat.

Moral of the story, sebenarnya cari duit nie senang tp kita nie buat benda tuh jd susah ke senang and aku rasa jiwa aku takde kt elken so aku buat keputusan aku stop buat. Hmm, dgn hanya daftar rm70 tp sebalik rm70 tuh awk dh hutang dgn bank sebanyak 6k selama 3tahun. See. Risiko kn? Makanya, pandai buat pandai tanggung. Bg aku isokey, nak menyesal pun takde guna. Jdkn benda nie ikhtibar dan pengajaran in ur future. Langkah berjaga jaga kena ambil. Mmg byk baiknya tp kena pk juga buruknya. Mmg tak berbaloi tp sbb sendiri amek risiko. Slh sendiri kn.

Sebenarnya nk buat balik tuh bole tp kena strong la. Strong bila org ignore kau, bila org ckp bkn bkn, bila org perlekehkan kau. Akan ada negatif. Org takkan support kau. Yelaa, gila kau. Cari 4 orang bole dpt dlm 2-3k sebulan. Siapa nak percaya? Lg ramai lg byk. Kau ingat org senang senang nk caya kalau takde bukti? Mmg! Mmg bole dpt tp dlm 100 orang yg mungking nak join tak sampai 10 orang. Yg 10 orang tuh pun belum tentu jd. Silap silap seorang antara 10 orang td yg jd jutawan. Pegang la kata azimat nie, "nak senang bukan senang, nak susah bukan susah"

Insyaallah, selagi aku ada Allah. Aku tau rezeki aku byk. Kita usaha. Kita rancang. Allah yg tentukan. Rezeki Allah luas. Rezeki Allah kt mana mana. Jd tak jd masalah bg aku sbb insyaallah, selagi kudrat aku ada selagi tuh aku kerja. Tp bkn kerja mcm elken tuh. Hmmm, sekali tgk mmg mcm skim cpt kaya tp ikut logik akal kalau skim mcm nie, mmg kejadah haram la dia nak beli bangunan 5,6 biji utk company dia. Tanah dia. Bangunan dia. Jgn ckp laaa, mmg besar kawasan elken nie. Kalau nk tau bole la google. Kt shah alam ada satu, belakang proton. Tp situ kilang kepala hotak besar gila ! Kt klang lama ada juga. Bangunan sendiri dlm 5,6 biji juga laaa. Kalau kata tipu, tak mungkin kn? Takpelaa, bahagian aku mcm nie. Dan aku cerita pengalam aku. Maknanyaa, aku taknak ada yg mcm aku nie. Separuh jln. Petuh org dok maki hamun tp depa tak tau, yg bayaq tuh aku bkn depa. Jd tak pyh nk hinggaq sgt. Amek, colet , letak dlm kepala otak tuh jgn jd mcm aku nie. Oke anak anak?

Biss tudung insyaallah akan berjln balik. Biss dgn makcil pn dh settel. Syukur. Rezeki. Mudah mudahan dilimpahkan rezeki seluasnya. Yelaa, nak kawin. Nk itu ini. Hmm, nk menung skg mmg tak guna sbb menung pun bkn duit bole jatuh. Baik aku cari duit bkn menung tunggu duit jatuh. 

P/s : segala puji bg Allah sekalian alam. Rezeki Allah tuh luas. Jd, carilah rezeki yg diredhai. Yg berkat. Insyaallah, selamat dunia akhirat. Kelak, kita pn tak terseksa. Insyaallah, Allah maha mendengar 😊

No comments :

Post a Comment