Thursday, August 04, 2011

HAPY RAMADHAN !

Puasa dah dekat sangat2. Kalau diikutkan masa post ni ditulis, malam ni secara rasminya akn mula solat tarawih dan luse kena bangun awal pagi untuk bersahur. Seboleh-bolehnya aku nak puasa kali ni jadi puasa yang betul2 puasa yang diterima oleh Allah. Kalau boleh aku tak nak buat bnde2 yg bleh kurang phala puasa aku macam mngata orang, tingkah laku buruk n lain2. Siapa tak nak puasa die diterime ye dak?

Gambar2 doa serta niat di bawah “dicilok” melaluui Google dan diambil sebagai rujukan daripada bnyak blog di luar sana terutamanya blog kujie. Harap penyebaran benda2 macam ni dapat sdikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam diluar sana. InsyaAllah.

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka Puasa





Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Kalau kat UIA ni katenye masjid besar akn melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat sahaja. Memang itu yang dicari-cari. Tapi 8 rakaat yang panjang katenye…mahu menghabiskan satu juzuk. Kalau diikutkan….malam pertama tarawih bagi aku mestilah di masjid walau ape pun alasan yang ada. Jadi mungkin akn ke masjid di luar UIA untuk tarawih yang lebih pendek sedikit bacaannya. Pemalas betul ko zelo oiii. Hahahaha.

Dikesempatan ini jugak kami dari pihak zelo55.com (padahal sorang je…hahaha) ingin mngucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia terutamanya pembaca blog ni sendiri. Mintak halal dan mintak ampun jgn doa buruk2 sbb dah nak puasa ni. Kang ade je yang batal puasa nanti kang rugila sangat2. Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa niat serta doa2 ni semua sbb inilah yang akn dibaca pada tiap2 hari bulan ramadhan ini InsyaAllah.

Apa-apa pun….mintak dipermudahkan perjalanan tarawih malam ni. Aminn.

No comments :

Post a Comment